Thursday, December 24

Tak bertajuk


Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Inginku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
Kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.

Apabila engkau terjaga,
Satukanlah harapanku denganmu,
Kerana ianya bakal berpadu,
Mimpi si penunggu yang setia.

Layarkan lah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan,rakan dan teman,
Semoga kita diberkati ALLAH,
Ku doakan kepadamu agar bahagia,
Di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment